Thursday, December 13, 2012

Haiwan Comel yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia

 Sea Otter




Sea Otter ini merupakan sejenis haiwan yang hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Populasi haiwan ini do Barat laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke 20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah mengingkatkan kepada 100'000 hingga 150'000.

 Mandarin Duck



Mandarin Duck yang mendiami di Asia Timur ini sama seperti burung merk di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berwarna-warni manakala si betina hanya berwarna plain yang boring. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti penbangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan Asia Timur. Menurut BBC, itik ini adalah salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.


 Slow Loris



Slow  Loris berasal dari Indonesia. Ia adalah spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkanpenyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mengsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.

 Beluga Whale 



Adakah ini ikan paus? Ikan paus beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat  mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

 Giant Panda 



Spesis binatang ini memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidakn mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburuan, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.



4 comments:

  1. Ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

    Tahniah cikgu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah,nota yang berguna dan bermanfaat untuk pembelajaran murid-murid.Terima kasih atas perkongsian nota inu.

    ReplyDelete
  3. menarik.. tahniah cikgu..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Teruskan usaha.

    ReplyDelete