Friday, December 14, 2012



Haiwan Liar Yang Dilindungi Di Malaysia


Di Malaysia terdapat 280 dari 4,600 spesis haiwan kelas mamalia di dunia dan dari jumlah itu sejumlah 210 spesis di Semananjung Malaysia dan 220 spesis di Sabah dan Sarawak.

Ini adalah sebahagian sumbangan kecil saya bagi kita mengenali lebih dekat akan haiwan yang berada disekeliling kita yang makin hari menghadapi ancaman kepupusan.



Orang Utan ( Pongo Pygmaeus )

Di Malaysia hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. 
Popolasi = +/-20,000 di Sabah dan +/-2,000 di Sarawak.
Habitat = Hutan hujan yang kurang dari 1000 meter aras laut
Jantan tinggal secara tunggal dan bersama yang betina cuma semasa waktu mengawan, manakala yang betina bergerak dengan anaknya sehingga 6 tahun sebelum melahirkan anak yang lain. Orang Utan yang masih muda amat terdedah kepada bahaya seperti harimau dahan dan ular sawa. Berat Orang Utan boleh mencecah hampir 100kg dengan ketinggian hampir 1.4m atau 2.4m bila tangan bergayut, manakala hayatnya boleh menjangkau sehingga 30tahun. Diet hariannya seperti buah-buahan (61%), daun, bunga dan seranggga.
Pada tahun 1964 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Di Sepilok dibuka.




Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus)

Beruang yang terdapat antara yang terkecil dalam tujuh spesisnya di dunia. Bergerak aktif diwaktu siang. Boleh memanjat pokok. Antara dietnya termasuk tumbuhan dan serangga terutamanya anai-anai. Biasanya akan mengelak dari manusia kecuali cedera atau melindungi anaknya. Amat merbahaya terutamanya memiliki gigi dan kuku yang kuat.    
                                           Bersaiz 1-1.4 meter dan berat antara 27-65kg.


Sumatran rhinocerus (Dicerorhinus sumatrensis)

Badak Sumbu, adalah badak yang paling kecil antara 5 spesisnya di dunia (2 di Africa, 3 di Asia). Selain dari badak sumbu terdapat juga badak jenis Jevan rhinoceros (Rhinocerus sondaicus) yang diklasifasikan sebagai amat-amat jarang ditemui terdapat di Malaysia. Biasanya terdapat di kawasan tanah tinggi dan boleh bergerak 4.8km dalam masa 24jam. Kini badak sumbu ini diabggarkan hanya tinggal 50ekor  di Semenanjung Malaysia dan 20ekor di Sabah adalah antara spesis yang amat diancam kepupusan. Berat haiwan ini antara 500 hingga 750 kg.


Malayan tiger (Panthera tigris corbetti)

Harimau, berasal dari Indochina subspesis yang merangkumi dari Myanmar, Vietnam hingga ke Semenanjung Malaysia. Anggara 1992 hanya 500 ekor harimau tedapat di Malaysia yang bertaburan dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Bergerak aktif di waktu malam.


Clouded leopard (Neofelis nebulosa)

Harimau dahan, boleh mencapai sehingga 1.65meter panjang dan 16kg berat. Terdapat di kebayakkan hutan di Malaysia dan aktif di waktu malam. Tinggal di sesatu kawasan secara berpasangan dan antara buruannya seperti kancil, anak babi, monyet, Orang Utan, landak, tikus dan burung. Boleh memburu seawal usia 3 bulan.





Seladang / Gaur (Bos gaurus)

Seladang adalah binatang kedua terbesar di Malaysia dianggarkan beratnya boleh mencecah sehingga 900kg dengan ketinggian 1.7-1.95m. Boleh didapati di India, Myanmar dan Semenanjung Malaysia dan tidak di Sabah dan Sarawak.


Mouse deer (Tragulus javanicus)

Sang Kancil, mitos melayu tak dapat dipisahkan  antaranya semasa kewujudan Melaka dengan peristiwa sang kancil menendang anjing buruan Parameswara ke dalam sungai. Antara kembarnya yang hampir sama rupanya adalah Napuh (Tragulus napu). Biasanya boleh dijumpai berhampiran sungai.


Elephant (Elephas maximus)

Gajah, dianggarkan terdapat 119 kumpulan gajah atau 1008 ekor terdapat di Semenanjung Malaysia.







Thursday, December 13, 2012

Haiwan Comel yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia

 Sea Otter




Sea Otter ini merupakan sejenis haiwan yang hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Populasi haiwan ini do Barat laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke 20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah mengingkatkan kepada 100'000 hingga 150'000.

 Mandarin Duck



Mandarin Duck yang mendiami di Asia Timur ini sama seperti burung merk di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berwarna-warni manakala si betina hanya berwarna plain yang boring. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti penbangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan Asia Timur. Menurut BBC, itik ini adalah salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.


 Slow Loris



Slow  Loris berasal dari Indonesia. Ia adalah spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkanpenyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mengsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.

 Beluga Whale 



Adakah ini ikan paus? Ikan paus beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat  mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

 Giant Panda 



Spesis binatang ini memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidakn mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburuan, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.



Wednesday, November 14, 2012



Kepentingan Haiwan Kepada Manusia

i) Pakaian

  • Penggunaan bahan  sintetik menjejaskan permintaan kulit dan gentian haiwan
  • Haiwan menghasilkan kulit dan gentian ( fiber ) untuk penghasilan pakaian.



ii) Tenaga Kerja 




  • Kerbau, lembu dan kuda merupakan haiwan penting dalam membekalkan tenaga kerja pada masa dahulu. Pada masa kini, penggunaan jentera telah menggantikan haiwan. Walaupun begitu, haiwan masih lagipenting di negara-negarayang kurang maju.


iii) Rekreasi



  • Menunggang kuda merupakan salah satu sumber rekerasi utama.
  • Lembu banyak digunakan sebagai ternakan rekreasi di beberapa negara.



iv) Bahan Sampingan



  • Lemak ( alat solek, sabun, dakwat pencetakan ), tulang tanduk, kuku ( bahan pelekat, butang, filem kamera, kertas pasir); organ-organ tertentu seperti, kelenjar adrenal ( bahan-bahan ubatan)
















v) Konservasi ( pemuliharaan )

  • Tanaman rumput dan kekacang untuk ruminan mengurangkan hakisan tanah.Selain daripada itu, najis yang dihasilkan oleh haiwan merupakan baja kepada tanah.  




Monday, November 12, 2012


Ciri-ciri Haiwan

Ciri-ciri haiwan juga boleh digunakan untuk mengelaskan haiwan. Antara ciri-ciri tersebut ialah tempat hidup haiwan (habitat), tabiat makan haiwan dan cara pembiakannya.

Habitat

Habitat ialah tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi. Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja, ada haiwan yang hanya boleh hidup di darat sahaja dan ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air.




Haiwan

Cara Pembiakan Haiwan

Tuesday, November 6, 2012

Haiwan Yang Bertelur

Udang
Ketam
Rama-rama
Lebah-lebah
Lalat
Semut
Kura-kura
Penyu
Buaya
Haiwan Yang Melahirkan Anak

Kucing
Monyet
Arnab
Kuda 
Singa
Kambing
Lembu
Beruang
Ikan lumba-lumba