Haiwan Liar Yang Dilindungi Di Malaysia
Di Malaysia terdapat 280 dari 4,600 spesis haiwan kelas mamalia di dunia dan dari jumlah itu sejumlah 210 spesis di Semananjung Malaysia dan 220 spesis di Sabah dan Sarawak.
Ini adalah sebahagian sumbangan kecil saya bagi kita mengenali lebih dekat akan haiwan yang berada disekeliling kita yang makin hari menghadapi ancaman kepupusan.
Orang Utan ( Pongo Pygmaeus )
Di Malaysia hanya terdapat di Sabah dan Sarawak.
Popolasi = +/-20,000 di Sabah dan +/-2,000 di Sarawak.
Habitat = Hutan hujan yang kurang dari 1000 meter aras laut
Jantan tinggal secara tunggal dan bersama yang betina cuma semasa waktu mengawan, manakala yang betina bergerak dengan anaknya sehingga 6 tahun sebelum melahirkan anak yang lain. Orang Utan yang masih muda amat terdedah kepada bahaya seperti harimau dahan dan ular sawa. Berat Orang Utan boleh mencecah hampir 100kg dengan ketinggian hampir 1.4m atau 2.4m bila tangan bergayut, manakala hayatnya boleh menjangkau sehingga 30tahun. Diet hariannya seperti buah-buahan (61%), daun, bunga dan seranggga.
Pada tahun 1964 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Di Sepilok dibuka.
Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus)
Beruang yang terdapat antara yang terkecil dalam tujuh
spesisnya di dunia. Bergerak aktif diwaktu siang. Boleh memanjat pokok. Antara
dietnya termasuk tumbuhan dan serangga terutamanya anai-anai. Biasanya akan
mengelak dari manusia kecuali cedera atau melindungi anaknya. Amat merbahaya
terutamanya memiliki gigi dan kuku yang kuat.
Bersaiz 1-1.4 meter dan berat
antara 27-65kg.
Sumatran rhinocerus (Dicerorhinus sumatrensis)
Badak Sumbu, adalah badak yang paling kecil antara
5 spesisnya di dunia (2 di Africa, 3 di Asia). Selain dari badak sumbu terdapat juga badak jenis Jevan rhinoceros
(Rhinocerus sondaicus) yang diklasifasikan sebagai amat-amat jarang ditemui
terdapat di Malaysia. Biasanya terdapat di kawasan tanah tinggi dan boleh
bergerak 4.8km dalam masa 24jam. Kini badak sumbu ini diabggarkan hanya tinggal
50ekor di Semenanjung Malaysia dan 20ekor di Sabah adalah antara spesis
yang amat diancam kepupusan. Berat haiwan ini antara 500 hingga 750 kg.
Malayan tiger (Panthera tigris corbetti)
Harimau, berasal dari Indochina subspesis yang
merangkumi dari Myanmar, Vietnam hingga ke Semenanjung Malaysia. Anggara 1992
hanya 500 ekor harimau tedapat di Malaysia yang bertaburan dari Kelantan,
Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Bergerak aktif di waktu malam.
Clouded leopard (Neofelis nebulosa)
Harimau dahan,
boleh mencapai sehingga 1.65meter panjang dan 16kg berat. Terdapat di
kebayakkan hutan di Malaysia dan aktif di waktu malam. Tinggal di sesatu
kawasan secara berpasangan dan antara buruannya seperti kancil, anak babi,
monyet, Orang Utan, landak, tikus dan burung. Boleh memburu seawal usia 3 bulan.
Seladang / Gaur (Bos gaurus)
Seladang adalah binatang kedua terbesar di Malaysia
dianggarkan beratnya boleh mencecah sehingga 900kg dengan ketinggian 1.7-1.95m.
Boleh didapati di India, Myanmar dan Semenanjung Malaysia dan tidak di Sabah
dan Sarawak.
Sang Kancil, mitos melayu tak dapat dipisahkan antaranya semasa
kewujudan Melaka dengan peristiwa sang kancil menendang anjing buruan
Parameswara ke dalam sungai. Antara kembarnya yang hampir sama rupanya adalah
Napuh (Tragulus napu). Biasanya boleh dijumpai berhampiran sungai.
Elephant (Elephas maximus)
Gajah, dianggarkan terdapat 119 kumpulan gajah atau 1008 ekor terdapat di
Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment